Pengenalan

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar

 

Pengenalan JPP

Kewujukan JPP adalah dibawah akta Politeknik, sekysen 7 bahagian 3, Akta 174, institusi-institusi pelajaran (tatatertib) 1976. Untuk memperuntukkan bahawa sesuatu institusi hendaklah mempunyai suatu Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) yang diwakili oleh sebilangan pelajar dan sentiasa akan menjalankan fungsinya mengikut atau dengan izin dan kebenaran bertulis daripada Ketua Eksekutif untuk memimpin dan memudahkan pentadbiran para pelajar di setiap institusi pelajaran.

 

Objektif Penubuhan JPP

  • Membantu pelajar mendapatkan kemudahan di samping memaksimumkan penggunaan kemudahan sedia ada.
  • Berusaha mempelbagaikan aktiviti pelajar.
  • Menggalakkan penyertaaan aktif pelajar dalam perlaksanaan setiap aktiviti yang dirancang.
  • Menyalurkan segala permasalahan dan cadangan berhubung kebajikan pelajar kepada pihak pengurusan.
  • Melahirkan barisan pemimpin pelajar yang berwibawa.
  • Merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti pelajar.

 

Peranan JPP

  • Merancang dan melaksanakan segala program dan aktiviti selaras dengan Dasar Negara dan Politeknik.
  • Merialisasikan misi dan visi Politeknik serta Falsafah Pendidikan Negara.
  • Berusaha untuk menaikkan imej Politeknik di mata masyarakat.
  • Mengamalkan nilai-nilai murni selaras dengan keluruhan Prinsip Rukun Negara.
  • Sentiasa menunjukkan contoh teladan yang baik kepada warga Politeknik khasnya masyarakat di luar amnya.

 

Ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP)

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) terdiri daripada pelajar-pelajar yang dipilih melalui proses pilihanraya yang diadakan di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim. Ianya terbuka kepada semua pelajar yang berdaftar di PTSB KECUALI:

  1. Pelajar yang belum pernah menduduki peperiksaan pertama di politeknik termasuk pelajar semester 5 integrasi
  2. Pelajar yang HPNMnya kurang daripada 2.75.
  3. Pelajar kursus sambilan.
  4. Pelajar yang pernah mengulang semester.
  5. Pelajar yang sedang menunggu keputusan perbicaraan tatatertib.
  6. Pelajar yang pernah dikenakan tindakan tatatertib.
  7. Pengecualian di atas adalah terbatal dengan kebenaran Ketua Eksekutif (KE) kecuali perkara '1' dan '2'.

 
 

 

 

 


Informasi Terkini


 

product image 1
Go Green &
3R Campaign

read more

product image 2
Lorem ipsum dolor sit amet consetetur.
read more >