- Peniaga tidak dibenarkan menjual barangan selain yang dinyatakan ketika melakukan permohonan.
- Lokasi gerai adalah terletak di kawasan bersebelahan Dewan Muadzam Shah. Lakaran tapak gerai boleh dirujuk di bahagian �layout tapak gerai�
- Susunan tapak gerai adalah muktamad seperti yang telah ditetapkan oleh urusetia.
- Pas kenderaan (sticker yang diberi semasa taklimat gerai) perlu dipamerkan diatas �dashboard� kenderaan apabila memasuki kawasan PTSB. Kenderaan yang mempunyai pas sahaja dibenarkan masuk ke kawasan gerai.
- �Aktiviti pemunggahan barang jualan hanya boleh dilakukan sebelum 7.00 pagi dan waktu tamat perniagaan selepas jam 11.00 malam.
- Peniaga mesti menjaga kebersihan gerai. Peniaga perlu membuang sampah sendiri ke tempat pembuangan sampah yang disediakan. Pihak PTSB berkuasa menutup operasi perniagaan serta merta bagi mana-mana peniaga yang tidak mengutamakan kebersihan.
- Peniaga dan pembantu/rakan kongsi gerai tidak dibenar tinggal atau tidur dikawasan gerai konvokesyen.
- Peniaga mesti mempamerkan harga bagi setiap barangan yang dijual. Tanda harga dan nama bagi setiap barang/produk hendaklah dibuat dengan kemas dan jelas.
- Peniaga tidak dibenar menyewakan gerai kepada orang lain.
- Peniaga dan pembantu gerai makanan dan minuman perlu mengambil suntikan tifoid, memakai apron, memakai kasut dan penutup kepala. Peniaga dan pembantu gerai tidak dibenarkan memakai cincin, barang kemas dan jam tangan ketika berada di gerai konvokesyen.
- Peniaga perlu memberi kerjasama kepada pihak urusetia yang sedang bertugas.
- �Peniaga boleh membawa peralatan sendiri seperti kerusi, meja dan soket elektrik.
- Peniaga tidak dibenarkan membuat tambahan ruang dan bumbung menggunakan kanvas di gerai perniagaan.
- Peniaga tidak boleh menuntut pampasan atau ganti rugi daripada pihak PTSB sekiranya berlaku kerugian, kecurian atau kemalangan yang menimpa sepanjang perniagaan berlangsung.
- Pihak PTSB tidak bertanggungjawab ke atas kerosakan atau kehilangan barang - barang yang ditinggalkan peniaga dalam kawasan tapak gerai.
- Peniaga perlu menjaga adab, berbudi bahasa dan berpakaiaan sopan sepanjang aktiviti berlangsung.
- Tempoh perniagaan adalah seperti� berikut:
TARIKH / HARI |
MASA PERNIAGAAN |
16 September 2017 / Sabtu (raptai) |
2.00 petang � 11.00 malam (set up gerai) |
17 September 2017 / Ahad |
7.00 pagi � 11.00 malam |
18 September 2017 / Isnin |
7.00 pagi � 5.00 petang |
�
|